Tuesday, March 1, 2011

susunan ayat

Ayat tunggal terdiri daripada dua bahagian ;

  susunan biasa
  susunan songsang



Susunan biasa ayat ialah susunan subjek yang letaknya di hadapan predikat :


    CANTIK

Pemandangan itu cantik sungguh.


 SUBJEK : Pemandangan itu
                       
PREDIKAT : Cantik sungguh


Adik saya sedang menari.


 SUBJEK : Adik saya


 PREDIKAT : Sedang menari


Pelajar-pelajar perempuan itu masih bermain bola jaring.






Susunan songsang ialah susunan ayat yang mengubah bahagian predikat ke hadapan dan mengambil tempat bahagian subjek.
Contoh susunan songsang di atas seperti berikut :


Dalam bahasa Melayu, terdapat juga keadaan yang hanya sebahagian sahaja daripada predikat ayat yang dikedepankan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut :

(a)

- Dia terduduk di situ
  Telah terduduk dia di situ

- Wanita itu membeli beg tangan di Sogo
   Membeli beg tangan wanita itu di Sogo

- Adik terbangun apabila terdengar bunyi almari baju berkeriut
   Terbangun adik apabila terdengarkan bunyi almari baju berkeriut

(b)

- Dia gagal melanjutkan pelajaran ke universiti
   Gagal dia melanjutkan pelajaran ke universiti

- Ardilla cukup gembira pada malam itu
  Cukup gembira Ardilla pada malam itu

- Hartini sangat peramah walaupun ibu bapanya pendiam
   Sangat peramah Hartini walaupun ibu bapanya pendiam

(c)

- Kad hari jadi untuk Nurela daripada sahabatnya
   Untuk Nurela kad hari jadi daripada sahabatnya

- Zuraimi ke Melaka pagi tadi
   Ke Melaka Zuraimi pagi tadi

- Bunga orkid di kawasan peranginan itu sangat cantik
   Di kawasan peranginan itu bunga orkid sangat cantik

No comments:

Post a Comment