salam..
tengok tajuk, mesti dah tahu kan ? mari tengok video kalau nak lebih faham :)
baiklah, dah faham kan? jadi apa lagi ? marilah, kita berubah :) berubah ke arah kebaikan dan memartabatkan bahasa kita. bahasa kan jiwa bangsa. bahasa jugak melambangkan bangsa kita :)
selamat beramal.
Wednesday, March 16, 2011
Sunday, March 6, 2011
Ayat Aktif
Ayat Aktif ~ Ayat Aktif Transitif
~ Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat Aktif Transitif
- kata kerja yang boleh menerima penyambut sama ada langsung atau tidak langsung dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mangandungi kata kerja.
- mengandungi kata kerja transitif + FN
Kakak
Ayam
Kakak menggoreng ayam
Ibu membaca majalah
- Kakak menggoreng ayam.
- Ibu membaca majalah.
- Abang menebas rumput
Ibu
Abang
PREDIKAT
KATA KERJA TRANSITIF
menggoreng
membaca
menebas
OBJEK
ayam
majalah
rumput
Ayat ~ subjek
~ predikat ~ kata kerja
~ objek
Ayat Aktif Tak Transitif
- Kata kerja yang tak boleh menerima penyambut dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja.
- Mengandungi kata kerja tak transitif.
- Kata kerja yang tidak memerlukan objek.
Contoh :
- © Gadis yang berbaju kurung itu tersenyum apabila saya menegurnya.
- © Air sungai di kampong itu mengalir dengan deras.
- © Pokok itu layu kerana tidak disirami air.
Pokok
disirami
Ayat Aktif Tak Transitif :-
~ •dengan keterangan yang boleh digugurkan
~•dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
~ •dengan keterangan yang boleh digugurkan
~•dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
Ayat Aktif Tak Transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan
- Ø Mengandungi kata kerja tak transitif yang boleh mengandungi frasa keterangan secara pilihan.
Ayat Aktif Tak Transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
Ø
~ Mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat
~ Unsur – frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang di rumpun buluh,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh.
Ayat Pasif
Pada umumnya, ayat-ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada:
· Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
· Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua
· Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja

Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya
Surau itu dibasuh oleh penduduk kampung
- saya
- aku
- kami
- kita
Kata ganti nama diri orang kedua dalam bahasa Melayu :
- awak
- engkau
- anda
- kamu
Kata-kata ini pula mempunyai bentuk ringkas, misalnya ku, untuk aku, dan kau untuk engkau
Kain itu aku jahit
Binatang itu jangan awak tembak
Jika bentuk-bentuk ringkas ku dan kau digunakan, bentuk-bentuk tersebut dieja bercantum.
Contoh :
Buku itu kubaca
Kuih itu kaupotong
3-Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena
Mengandungi kata kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan tanpa menjejaskan maknanya. Contohnya:
Khairul kena tumbuk (oleh samseng-samseng itu)
Hafizuddin kena kejar (oleh anjing)
Untuk pemahaman yang lebih lanjut, lihat dan dengar dengan teliti rakaman di bawah ini :
Tuesday, March 1, 2011
susunan ayat
Ayat tunggal terdiri daripada dua bahagian ;
susunan biasa
susunan songsang
















Susunan songsang ialah susunan ayat yang mengubah bahagian predikat ke hadapan dan mengambil tempat bahagian subjek.
Contoh susunan songsang di atas seperti berikut :
Dalam bahasa Melayu, terdapat juga keadaan yang hanya sebahagian sahaja daripada predikat ayat yang dikedepankan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut :
(a)





















- Dia terduduk di situ
Telah terduduk dia di situ
- Wanita itu membeli beg tangan di Sogo
Membeli beg tangan wanita itu di Sogo
- Adik terbangun apabila terdengar bunyi almari baju berkeriut
Terbangun adik apabila terdengarkan bunyi almari baju berkeriut
(b)
























- Dia gagal melanjutkan pelajaran ke universiti
Gagal dia melanjutkan pelajaran ke universiti
- Ardilla cukup gembira pada malam itu
Cukup gembira Ardilla pada malam itu
- Hartini sangat peramah walaupun ibu bapanya pendiam
Sangat peramah Hartini walaupun ibu bapanya pendiam
(c)


























- Kad hari jadi untuk Nurela daripada sahabatnya
Untuk Nurela kad hari jadi daripada sahabatnya
- Zuraimi ke Melaka pagi tadi
Ke Melaka Zuraimi pagi tadi
- Bunga orkid di kawasan peranginan itu sangat cantik
Di kawasan peranginan itu bunga orkid sangat cantik
Susunan biasa ayat ialah susunan subjek yang letaknya di hadapan predikat :
CANTIK
Pemandangan itu cantik sungguh.
Adik saya sedang menari.
Pelajar-pelajar perempuan itu masih bermain bola jaring.
Susunan songsang ialah susunan ayat yang mengubah bahagian predikat ke hadapan dan mengambil tempat bahagian subjek.
Contoh susunan songsang di atas seperti berikut :
Dalam bahasa Melayu, terdapat juga keadaan yang hanya sebahagian sahaja daripada predikat ayat yang dikedepankan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut :
(a)
- Dia terduduk di situ
Telah terduduk dia di situ
- Wanita itu membeli beg tangan di Sogo
Membeli beg tangan wanita itu di Sogo
- Adik terbangun apabila terdengar bunyi almari baju berkeriut
Terbangun adik apabila terdengarkan bunyi almari baju berkeriut
(b)
- Dia gagal melanjutkan pelajaran ke universiti
Gagal dia melanjutkan pelajaran ke universiti
- Ardilla cukup gembira pada malam itu
Cukup gembira Ardilla pada malam itu
- Hartini sangat peramah walaupun ibu bapanya pendiam
Sangat peramah Hartini walaupun ibu bapanya pendiam
(c)
- Kad hari jadi untuk Nurela daripada sahabatnya
Untuk Nurela kad hari jadi daripada sahabatnya
- Zuraimi ke Melaka pagi tadi
Ke Melaka Zuraimi pagi tadi
- Bunga orkid di kawasan peranginan itu sangat cantik
Di kawasan peranginan itu bunga orkid sangat cantik
Subscribe to:
Comments (Atom)

















