Wednesday, March 16, 2011

jangan rosakkan bahasa kita :)

salam..

tengok tajuk, mesti dah tahu kan ? mari tengok video kalau nak lebih faham :)


baiklah, dah faham kan? jadi apa lagi ? marilah, kita berubah :) berubah ke arah kebaikan dan memartabatkan bahasa kita. bahasa kan jiwa bangsa. bahasa jugak melambangkan bangsa kita :)

selamat beramal.

Sunday, March 6, 2011

Ayat Aktif







Ayat Aktif ~ Ayat Aktif Transitif 
                  ~ Ayat Aktif Tak Transitif

 







Ayat Aktif Transitif

  • kata kerja yang boleh menerima penyambut sama ada langsung atau tidak langsung dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mangandungi kata kerja.
  • mengandungi kata kerja transitif + FN
 


Kakak


Ayam


Kakak menggoreng ayam






Ibu membaca majalah



  • Kakak menggoreng ayam.          
  •  Ibu membaca majalah.          
  • Abang menebas rumput

     SUBJEK                      

Kakak

  Ibu                                 
        Abang
               

                                                    
PREDIKAT

                                                        KATA KERJA TRANSITIF
                         menggoreng
                     membaca
                    menebas
                                                                                              
                                                                                 OBJEK                                               
                                                  ayam
     majalah
      rumput







Ayat ~ subjek
        ~ predikat ~ kata kerja
                                          ~ objek



Ayat Aktif Tak Transitif

  • Kata kerja yang tak boleh menerima penyambut dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja.
  • Mengandungi kata kerja tak transitif.
  • Kata kerja yang tidak memerlukan objek.


Contoh :

  1. ©  Gadis yang berbaju kurung itu tersenyum apabila saya menegurnya.
  2. ©  Air sungai di kampong itu mengalir dengan deras.
  3. ©  Pokok itu layu kerana tidak disirami air.
Pokok

disirami




Ayat Aktif Tak Transitif :-


dengan keterangan yang boleh digugurkan
 ~dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan






Ayat Aktif Tak Transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan

  • Ø  Mengandungi kata kerja tak transitif yang boleh mengandungi frasa keterangan secara pilihan.


Ayat Aktif Tak Transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan

 Ø   
   ~ Mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk     menyempurnakan maksud ayat 

         ~ Unsur – frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan



Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang di rumpun buluh,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh.


Ayat Pasif




Pada umumnya, ayat-ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada:

·     Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
·     Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua
·     Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja




1-Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif

Ayat pasif jenis ini terbentuk dengan disertai imbuhan kata kerja di- dan ter-. Contohnya :









Tembok  itu  terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya









Surau  itu  dibasuh  oleh  penduduk  kampung





2-Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua


Kata ganti nama diri pertama dalam bahasa Melayu :

  • saya
  • aku
  • kami
  • kita
Kata ganti nama diri orang kedua dalam bahasa Melayu :

  • awak
  • engkau
  • anda
  • kamu






Kata-kata ini pula mempunyai bentuk ringkas, misalnya ku, untuk aku, dan kau untuk engkau










Kain  itu  aku  jahit




Binatang itu jangan awak tembak

Jika bentuk-bentuk ringkas ku dan kau digunakan, bentuk-bentuk tersebut dieja bercantum.

Contoh :


Buku itu  kubaca


Kuih itu  kaupotong



3-Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena


Mengandungi kata kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan tanpa menjejaskan maknanya. Contohnya:






Khairul kena tumbuk (oleh samseng-samseng itu)



Hafizuddin  kena  kejar (oleh anjing)


Untuk pemahaman yang lebih lanjut, lihat dan dengar dengan teliti rakaman di bawah ini :












Tuesday, March 1, 2011

susunan ayat

Ayat tunggal terdiri daripada dua bahagian ;

  susunan biasa
  susunan songsang



Susunan biasa ayat ialah susunan subjek yang letaknya di hadapan predikat :


    CANTIK

Pemandangan itu cantik sungguh.


 SUBJEK : Pemandangan itu
                       
PREDIKAT : Cantik sungguh


Adik saya sedang menari.


 SUBJEK : Adik saya


 PREDIKAT : Sedang menari


Pelajar-pelajar perempuan itu masih bermain bola jaring.






Susunan songsang ialah susunan ayat yang mengubah bahagian predikat ke hadapan dan mengambil tempat bahagian subjek.
Contoh susunan songsang di atas seperti berikut :


Dalam bahasa Melayu, terdapat juga keadaan yang hanya sebahagian sahaja daripada predikat ayat yang dikedepankan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut :

(a)

- Dia terduduk di situ
  Telah terduduk dia di situ

- Wanita itu membeli beg tangan di Sogo
   Membeli beg tangan wanita itu di Sogo

- Adik terbangun apabila terdengar bunyi almari baju berkeriut
   Terbangun adik apabila terdengarkan bunyi almari baju berkeriut

(b)

- Dia gagal melanjutkan pelajaran ke universiti
   Gagal dia melanjutkan pelajaran ke universiti

- Ardilla cukup gembira pada malam itu
  Cukup gembira Ardilla pada malam itu

- Hartini sangat peramah walaupun ibu bapanya pendiam
   Sangat peramah Hartini walaupun ibu bapanya pendiam

(c)

- Kad hari jadi untuk Nurela daripada sahabatnya
   Untuk Nurela kad hari jadi daripada sahabatnya

- Zuraimi ke Melaka pagi tadi
   Ke Melaka Zuraimi pagi tadi

- Bunga orkid di kawasan peranginan itu sangat cantik
   Di kawasan peranginan itu bunga orkid sangat cantik